Erti Sebuah Persahabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa.....
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian,
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.

Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita.....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....

Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.....Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....Kita tidak tahu.
Tetapi..... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.....

RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.....
Posted on 10:03 PM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 0 Comments »

Antara Kawan dan Sahabat

Mungkin bagi sesetengah individu sahabat adalah dua istilah yang sama... tapi bagi diriku kawan adalah kawan... sahabat adalah sahabat... dan istilah kawan sejati tak pernah wujud..

memang mudah untuk mencari kawan.. tapi sahabat?? bukan semua kawan boleh dijadikan sebagai sahabat... tetapi sahabat adalah kawan... kawan hanya menemani kita dikala suka...dikala duka... dia hilang entah ke mana... manakala seorang sahabat akan sentiasa berada disisi kita tidak kira senang ataupun susah... kawan datang dan pergi sesuka hati... tetapi sahabat akan setia menemani... kawan sejati?? wujudkah ia??







Posted on 9:45 PM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 0 Comments »

Renungan...

Jika kamu mencintai seseorang, 8 perkara yang biasa berlaku...

1. walaupun kamu sibuk, tapi kamu tetap memikirkan dia...
2. kamu hanya mahu bersama dia...
3. apabila dia mendekatkan mukanya dengan kamu, muka kamu akan menjadi merah...
4. semasa dia demam, kamu akan berasa susah hati...
5. apabila dia bercakap dengan orang lain, kamu akan menjadi cemburu...
6. semasa dia gembira, anda juga turut rasa gembira...
7. apabila dia terluka, kamu akan mengambil berat tentang dia...
8. setelah kamu membaca semua ini, siapakah yang kamu fikir?? maka dialah orang yang paling kamu sayangi...
Posted on 9:31 PM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 0 Comments »

Kenangan Di Suatu Masa Dulu...

kenangan yang paling indah dalam hidup adalah kenangan semasa di zaman kanak-kanak dan juga zaman persekolahan... tu la zaman yang paling menggembirakan... bila diingat balik... terasa macam nak jadi budak2 sekolah balik... betul atau tak tu terpulang la pada setiap individu.... alangkah seronoknya waktu tu...

hari2 rutin harian yang sama... dah memang tau apa yang nak dibuat dan apa yg patut dibuat... bangun pagi pergi sekolah... belajar kat kelas... jumpa kawan2... cikgu tak ada, mula la buat perangai... dapat homework yang bertimbun... balik rumah... rehat2... makan... tengok tv... buat homework... buat persiapan nak pergi sekolah keesokan harinya... siapkan homework... tidur... bangun pagi... macam tu la hari2... dah jadi kebiasaan...

tu dulu... sekarang??? banyak benda yang nak kena fikir...
Posted on 3:47 PM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 0 Comments »

kehidupan...

kehidupan kadangkala diibaratkan seumpama roda yang sentiasa berputar... dan putaran itu tidak akan terhenti walau seketika... begitulah juga dengan masa yang tak pernah berhenti mahupun menanti kita... betapa pantasnya masa berlalu...


didalam sebuah kehidupan... kadangkala kita berada di atas.. dan kadangkala kita di bawah.... umpama pasang surutnya air laut... kadangkala tenang... kadangkala bergelora... semua itu tidak dapat diduga... gelora datang tanpa diundang... dan pergi tanpa dipinta... langit tak semestinya cerah... panas belum tentu lagi sampai ke petang... apa yang kita harapkan tidak semestinya berjaya kita perolehi... begitulah kehidupan... penuh dengan dugaan... yang penting adalah ketabahan...


yang berlalu biarkan lah ianya berlalu... usah menoleh ke belakang lagi... enough is enough... mulakan langkah baru... menuju matlamat yg baru... jadikan yang telah berlalu itu sebagai ingatan... agar keadaan yang sama tidak berulang...
Posted on 12:22 PM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 2 Comments »