Bila dark'purpl3 mula menulis semula

Bila dark'purpl3 mula menulis semula...
Hmm.. Kali ni lantok ler pasal font type.. Pasal calour font.. Guna phone je ni... Laptop dah lama jahanam... Asal boleh je la.. Org nak kondem ke nak kritik ke ape2 je la kan... Asal korang bahagia...

Rasanya ni entry ke 3 untuk hari ni... Haaa.. Ni namanya dah tebiat nak merapu la ni....

Ni je la tempat meluahkan segala isi hati yg terpendam.. Nak marah.. Suka duka.. Bahagia.. Derita.. Selama beberapa tahun menyepi... Oppss... Ada ke bahagia untuk ku?? Yg banyak adalah derita...

Tapi ada 1 je kebahagiaan aku... Bahagia bila melihat wajahnya... Bahagia dgn tawanya... Pengubat segala duka ku... Cuma ada 1 je kat dunia ni.. Dia lah nyawa ku untuk selamanya....

Next entry tgk mood..

Posted on 2:47 AM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 0 Comments »

Short term memory lost

After few years melupakan.. Ehh.. Silap... Terlupa yang aku ni penah ada blog tempat meluahkan isi hati yg kecewa... Kekonon la.. Hahaha... N now im back in this blog...

Hmm.. Lama gak kan.. 2009.. Now nak masuk oct 2015.. Cuba kira brapa tahun dah blog ni jadi sarang lebah... Wawawa...
.now umur pun dah menginjak dewasa.. Menjadi seorang wanita matang.. Dulu remaja lg.. Skrg ni status dah pun berubah.. 

Bukan je umur yg dah masuk 3series tp status pun lain... Dulu slalu sedih2 nangis sebab kecewa.. Sekarang hati makin lama makin jadi keras.. Senang ckp kdg2 ego jd tinggi melangit.. Sebab... Pengalaman yg menjadikan aku untuk tidak mudah tunduk pada lelaki....

Ku sangka bahagia tapi sebenarnya lebih sengsara.... 

See yaa... 
Posted on 2:22 AM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 0 Comments »

Hanya Sebuah Coretan

Persahabatan.....
Akan kekal abadi...
jika hati sejernih air..

what do u think bout this... For me, keikhlasan tu penting dlm persabahatan.. If kita just to be fren dgn someone tu hanya untuk take advantage or takes thing for granted it will not last... 

Tepu plak nak mencoret kt sini...

Sharing is caring.. Caring is loving...

Ehh yeke... Kata org la kan....
Posted on 2:14 AM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 0 Comments »

SEPI

Sepi itu indah…
Sepi itu mengajar erti sebuah kehidupan
Kerinduan pada kenangan masa lalu
Kerinduan pada zaman kehidupan
Mungkinkah kerinduan itu akan kembali lagi
Mengusik tangkai hati
Ataupun ianya akan berlalu pergi…

Sepi itu indah…
Sepi itu mengajar erti sebenar penghargaan
Penghargaan yang kita sendiri tidak tahu menghargai
Sama ada sedar ataupun tidak ianya rasa dihargai
Pernahkah suatu ketika dahulu
Kita hargai apa yang berada dihadapan mata kita

Besarnya atau kecilnya penghargaan itu
Tertakluk kepada diri kita sendiri
Untuk menghargainya
Namun…
Setiap penghargaan yang diberikan
Kita haruslah menghargai dengan penuh keikhlasan…

Sepi itu indah…
Sepi itu kebisuan… Sepi itu kesabaran
Betapa indahnya sepi itu… Betapa sabarnya sepi itu…
Sehingga tidak dapat dirungkaikan
Dan diungkapkan dengan bait kata-kata…
Kadangkala sepi itulah yang terbaik
Kerana sepi bisa membuatkan kita menjadi lebih dewasa
Dalam meniti hari-hari yang mendatang 
Dan akan kubiarkan sepi itu menyelubungi diriku…  
Posted on 3:16 AM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 4 Comments »

Ape Nak Jadi Ni....

aduii... rasa mcm dah tak btul dah ni... macam2 prob dtg.. tp lek la.. malas nak pkir sgt... kang jadi lg mcm hari tu... silap2 leh pitam plak... hmmm.... rasanya lbh baik wat mcm xde prob daripada pkir pasal prob sgt... kang ketensionan melanda... aduiii.... ape dah merepek ni... kdg2 rasa mcm dah tak btul dah ni... aduiii... fedup... bosan.. tension....
Posted on 7:39 AM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 1 Comments »

Sebuah Bingkisan

Di kejauhan ini aku coretkan sebuah bingkisan yang menemaniku dikala malam sunyi… sebuah bingkisan yang mencerminkan rasa hati yang selama ini terpendam… bingkisan berkaitan dengan sebuah kehidupan yang penuh dengan persoalan…

Ketika angin malam menyapa… aku hanyut didalam kenangan silam… kenangan yang tak akan mungkin dapat aku lupakan… kenangan pada masa laluku… kenangan di alam persekolahanku… kenangan yang cukup indah… juga tak lupa kepada kenangan yang amat memeritkan hatiku… kenangan itu mengingatkan aku pada suatu kenyataan yang amat sukar untuk kuterima…

Di dalam kenangan di zaman persekolahanku yang cukup indah itu.. terkandung suatu kepayahan bagi ku… kepayahan untuk aku menerima hakikat akan sebuah pemergian… akan erti sebuah kehilangan… ya… kehilangan seseorang yang paling rapat denganku… seorang teman… seorang kawan.. seorang sahabat… hanya dia yang dapat memahamiku… namun apakan daya… segalanya seketika cuma… tidak akan kutemui lagi insan sepertinya… mungkinkah akan kutemui lagi insan sepertinya… sahabat sepertinya… mungkin ya dan mungkin juga tidak… siapa tahu apa yang akan berlaku pada hari esok… semua itu diluar jangkaan dan dugaan kita…

Posted on 9:48 PM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 2 Comments »

Sepi Itu Indah...

Kehidupan.. terlalu banyak dugaannya kan?? kadang kala apa yang kita impikan tu tak selalunya jadi milik kita.. memang selalu la jadi macam  tu... hmmm... kadang kala apa yang kita tak nak tu la yang kita dapat... tu la yang selalu terjadi...

Sepi itu indah walaupun kadang kala kesepian tu hampir membunuh jiwa... tapi kesepian itu juga la yang dapat menghilangkan segala rasa yang tak sepatutnya ada... kadangkala berdiam diri itu lebih baik dari bersuara kerana kadangkala apabila kita bersuara pasti akan ada hati yang terluka.. jadi.. sepi itu lebih elok... Kadangkala tak perlu la diluahkan dengan kata2 apa yang kita rasa tu... kerana bahasa tubuh... gerak laku.. sudah cukup untuk menggambarkan segalanya... kerana tak semestinya apa yang cuba disampaikan melalui kata2 tu adalah apa yang sebenarnya tersirat... 

hmm... Sepi itu indahkan?? cukup indah bagi yang benar2 mengerti apa itu sepi yang sebenarnya...

ahakss... jiwang...

Posted on 5:59 AM by DaRk`PuRpL3 and filed under | 1 Comments »